macam mana ea nak ukur setia?....
pening kepala pikir...botak jugak nanti ni....
dalam monetary economic ada equation,fizik ada,kimia pun ada...tapi kenapa setia takde ea?
kalau ade kan bagus...bole tau orang mana yang betul2 setia ngan yang tak setia...betol tak?
hmmmm....bole difikirkan ni...mana tau dari sini bole create 1alat and bole jual....kan da apply ENT punya subjek...hehehe
lagi satu hal....antara lelaki dan perempuan..mana lagi setia?
rasa macam da masuk subjek report writing pulak ni,hehehe..
setia ni satu kata sifat yang abstrak yang digambarkan melalui perlakuan seseorang..hahaha mcm CTU pulak..
seseorang yang setia biasanya mengambil masa yang lama nak recover balik perasaan dia bila ditinggalkan seseorang...
seseorang yang setia biasanya akan merasakan orang yang dia cintai itula satu-satunya yang terbaik untuk dia walau ade berjuta yang lagi baik...
seseorang yang setia sanggup terima apa sahaja kekurangan yang ada pada pasangan dia,,,
seseorang yang setia sanggup menunggu keputusan dari orang yang dia cintai walaupun belum tentu orang tersebut katakan 'ya' kepada dia...
seorang yang setia tawakal tetapi yakin segala pengorbanan yang dilakukan akan berhasil...
seseorang yang setia akan menunggu pasangannya yang jauh dari mata...
hmm...banyak da anggapan yang dilakukan...so...adakah korang semua fulfill the task given?
kalau ya...anda adalah kekasih yang setia...
kita guna teori ; ego + alim = setia...
ya...mungkin nampak ego diluar sebab ego tu menunjukkan kita ini menjaga perasaan kita dari berlebih-lebihan terhadap cinta (sesuatu yang berlebihan dalam Islam akan mendatangkan mudarat; elemen of riba) yang belum tentu akhirnya menuju ke gerbang perkahwinan...element of gharar ye..
oleh itu, adakah salah kepada diri kita sekiranya kita ego? dan tidak menonjolkan perasaan kita yang sebenar?
bila seseorang yang ego bermakna ada ketentuan dalam perasaan dia cuma dia hanya perlukan kepastian....maka dia memilih untuk setia kepada yang satu..prosesnya mungkin lambat kerana nak meyakinkan diri bahawa dia adalah terbaik bukan sesuatu yang senang...kena da 5C (financial planning)
Cinta kepada Allah : solat tak tinggal, tanggungjawab sebagai hamba
Cinta kepada famili : respek mak ayah,jaga adik2
Cermat dalam tanggungjawab : amanah dalam tanggungjawab dan mampu membimbing
Cekal dan kuat : menjaga hati dan perasaan, setia
cekap dalam kewangan : pandai uruskan kewangan
bila dah ada semua...barula seego ni memilih pasangan dia....nak tengok semua kriteria yang ada ni kena memakan masa 1bulan,2 bulan,3bulan,4bulan...belum tentu dapat mengenali dia...so orang yang ego ni boleh dikategorikan sebagai teliti dalam memilih pasangan, rupa? tidak menjamin kebahagian..
alim...semestinya..proses seego dengan penciptanya....
setiap malam seego berdoa untuk diberikan yang terbaik...seego bermohon pasangan yang ada disampingnya adalah qada' dan qadar yang terbaik yang diberikan untuknya..seego berharap jika seego telah membuat keputusan untuk pilih dia...Allah akan berikan jalan terbaik dan mudah kepada pasangannya untuk mencipta bahagia,
dan akhirnya...bila dah benar-benar sedia...seego menjadi sang setia... sang setia akan setia kepada pasangannya walaupun pasangannya tiada disisinya...sang setia akan terus setia dan terus setia...sebab hati sang setia telah diisi dengan cinta..ringkasnya itula modus operandinya (financial services)
bertuah kepada yang menjadi pasangan seego kerana dia memilih untuk setia kepada anda..nak bukti??cari sendiri...
so..itulah cara kitorang ukur setia...anda???