Wednesday, 11 April 2012

Sahabat Selamanya



Assalamualaikum…

Buat sahabat-sahabatku… Aku menggelarmu sahabat kerana ianya berbeza dengan kawan.. sekali imbas mungkin kelihatan sama, tetapi sahabat amat bermakna bagi aku..

                Kawan boleh dapat dimana2 sahaja. Cukup jika kita hanya tahu namanya sahaja mungkin kita sudah menganggapnya sebagai kawan. Atau baru bertegur sekali dua tanpa tahu namanya, atau baru approve as friend di FB pn dianggap kawan. Tetapi adakah kawan2 ini akan sentiasa ada bersama kita dikala susah dan senang, dikala suka dan duka, dikala derita dan gembira.

                Seorang sahabat bukan sahaja ada bersama kita dikala susah dan senang, sedih dan gembira, suka dan duka, pahit dan manis…. Seorang sahabat akan membetulkan kesalahan sahabatnya walaupun ianya pahit dan sukar dilakukan. Sahabat akan memberikan dan mahukan yang terbaik untuk sahabatnya..  Seorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya mengulangi kesalahan yang sama.. Seorang sahabat akan sentiasa dikenang walaupun jarak dan waktu memisahkan kita begitu jauh dan lama.. Seorang sahabat akan sentiasa memaafkan kesalahan sahabatnya..

        

               Wahai sahabat..

Maafkan aku sekiranya tidak menjadi sahabat yang baik bagimu. Aku hanya mempunyai satu jasad yang tidak boleh dibahagi untuk memenuhi kehendak sahabat2ku. Aku tidaklah bangga untuk mengatakan aku mempunyai lebih dari satu sahabat tetapi aku bersyukur kerana kalian sudi menerimaku sebagai sahabat.  

Maafkan aku jika tidak menegur kesilapanmu. Bukan aku sengaja membiarkanmu dalam kesilapan tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak menegurmu. Aku hanya mampu memberi nasihat yang berkias kepadamu, bergurau senda dengan isi yang tersirat dan selemah2 tindakanku ialah aku berdoa untukmu wahai sahabat.


Maafkan aku andai tiada disisi ketika kau berduka. Maafkan aku kerana mungkin aku tidak sanggup melihat kesedihanmu. Mungkin kita berjauhan ketika itu. Mungkin aku tidak mahu mengganggu kerana ada sahabat lain disisimu.


Maafkan aku kerana memanggilmu dengan gelaran kawan. Aku memanggilmu kawan tidak bermakna kau bukan sahabatku,tetapi  kerana dalam sahabat itu ada kawan. 

Maafkan aku kerana tidak berkongsi segala masalah bersamamu. Bukan kerana tidak percayakanmu, bukan kerana sudah bosan denganmu, bukan kerana mahu berahsia darimu dan bukan kerana segala nasihatmu tidak ku terima. Fahamilah wahai sahabat, tidak semua masalah kita boleh berkongsi. Mungkin ketika itu dia ada disisiku, mungkin dia lebih berpengalaman mengenai perkara yang ingin kuluahkan dan mungkin ini sebagai ujian persahabatan kita.

maafkan aku jika tidak dapat sentiasa bersamamu. kita masing2 sibuk dengan kerja dan perkara lain. walaupun masa kita bersama semakin kurang tidak bermakna perasaan dan kasih sayangku turut berkurang.

Maafkan aku jika tanpa sedar aku telah banyak melukakan hatimu.........


          luahan hati seorang sahabat..                                                                                                                    

"dia cemburu bila aku rapat ngan mu,dia sedih bila aku sentiasa ngan mu,dia terasa bila masa kamu sentiasa dgn aku...aku tak nak dia rasa tu semua sbb kamu bkn untuk aku...kamu bebas dgn sape2 kamu nak berkawan..aku tak pernah halang pun dgn sape2 jer kamu nak kawan..sbb bile namanye sahabat dia takkan terluka hatinyer bile sahabatnyer ade kawan yg len yg dia juga perlu utamakan..."

"sahabat dahulukan sahabat dan sahabat takkan rasa perasaan cemburu bila sahabatnya bersama temannye yg lain....sahabat sayangkan sahabat walaupun sahabat jauh dari mata..."

"jika dia sahabat kamu..percayala dia tak perlu cemburu dgn org yg dekat pada sahabatnya...kerana dia perlu yakin sahabat yang baik akan sentiasa ingat dia walaupun dia bersama dengan teman yg lain....."

jujur wahai sahabat..
"aku tak suka bila ade orang cemburu aku jadi sahabat mu...sbb aku perlu jarakkan diri aku dengan sahabat aku sendiri demi mengurangkan rasa cemburu tu....aku perlu lakukan itu agar dia tak rasa aku mengambil dia dari mu sedangkan aku tak pernah ade niat lakukan semua tu..sbb ape yang aku nak..kalau aku berjaya,sahabat yg dkt ngan aku pn berjaya....n kalau aku hepi,sahabat yang dkt ngan aku pn hepi,aku tak suka tgk sahabat aku sedih sbb ati aku pn sedih...ati aku sedih sbb aku tak berjaya buat sahabat aku tersenyum....."

"dan....itulah bezanya kawan dan sahabat bagi aku...."

huhu... touching, jadikanlah ianya pengajaran bagi kita.. 




Sahabat..

Tolong kejutkan aku supaya aku bangun.
Tolong nasihatkan aku supaya aku tidak leka.
Tolong pimpin tanganku supaya aku tidak sesat.
Tolong bimbing aku kejalanNya.
Tolong berjalan disisiku menuju ke jannahNya..................        


                                                         wassalam...

No comments:

Post a Comment