Thursday, 5 April 2012

permata yang dicari

assalamualaikum...

ehem,ehem...arini kite tukar tone siket jadi ceramah agama.....
tentang...PERMATA YANG DICARI??
hah apekah?
ala....budak2 pn bole jawab....al maklumla...budak2 skrg ni da advance...


ok la...maka bermula la diskusi kami tentang ini..lagu ni sebenarnya daripada lelaki untuk wanita yang dia sayang,tapi its ok...kami pun ingin menjadi seperti permata yang dicari oleh lelaki. yang bergelar suami...dan ini adalah interpretasi kami terhadap lagu ini...dan sebab kenapa kami memilih lagu ni....





kali pertama bila terdengar lagu ni, sebagai wanita memang agak terharula walaupun memang takde mane2 laki pun yang tujukan lagu ni untuk kami...hahaha


hadir cinta tanpa ku sedari...terus terang bukan mudah untuk peroleh cinta sejati...persoalannya,adakah cinta yang ada sekarang ini benar2 terjamin hingga ke syurga? tepuk dada,tanya iman...wah!!!


cinta memang subjektif,disebabkan itu kadang2 kita tidak sedar bahawa cinta itu hadir dalam hidup kita...sedangkan cinta itu juga adalah anugerah Allah yang sepatutnya kita jaga dengan sebaik2nya...apabila kita jaga ia,baru kita akan rasa nikmatnya cinta itu...BETOL TAK?


lembut tutur katanya,mendamaikan jiwa.......
walaupun kami tak termasuk dalam kategori itu,tapi kami sedar setiap wanita itu ada kelembutannya...wanita di lahirkan dengan fitrah yang penuh dengan emosi..walaupun nampak ganas di luar tapi sebenarnya lembut di dalam..dan mungkin...yang "ganas" itu jauh lebih membahagiakan suaminya dari yang "lemah-lembut"...




Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu

itulah bait2 doa yang senantiasa mendampingi kami...al-maklumlah takde jodoh lagi plus ade pulak orang pikir kami letak lagu ni khusus untuk cari jodoh...hmmm,wrong perception....

mungkin ade segelintir yang pernah cakap:
"aku nak kawan dgn org lain,tunang ngan orang lain,kawen ngan orang lain.." apekah?

eh lupe pulak...masing2 punye persepsi tapi...cinta itu suci,kurniaan Ilahi...
bila kita bercinta dengan orang lain...kawen dengan orang lain...adekah kita bole menyamakan rasa cinta kita itu kepada dua individu yang berbeza? (renung2 kan dan selamat beramal ^_^)

maka,itulah doa yang sememangnya sesuai untuk mereka yang belum pernah bercinta..dan kepada yang sedang bercinta...kerana jodoh bukan terletak pada telapak tangan kite tapi....pada Yang Maha Kuasa...

sekiranya inginkan kepastian adakah dia jodoh kita...ISTIKHARAH...
InsyaAllah sebaik2 petunjuk adalah datangnya dari Allah


"dialah permata yang dicari...selama ini baru kutemui...tapi ku tak pasti rencana Ilahi...apakah dia kanku miliki"


sangat mendalam liriknya dan untuk itu,kami ingin kongsikan satu kisah yang kena pada liriknya...sebuah kisah benar....


"aku hanya wanita biasa,aku tidak cantik dirupa tapi aku yakin aku indah di mata-Mu..dunia di universiti benar2 mencemaskan aku kerana di dunia ini mendedahkan aku kepada ajnabi...aku takut,aku gelisah,aku khuatir apakah aku benar2 kuat menghadapi dunia ini?..ya bukan mudah bagiku melawan nafsu..melihat rakan2 ku yang sentiasa berSMS membuatkan aku terasa ingin mencuba...aku cuba menangkis persoalan2 yang menerjah ke mindaku..."bila ana nak ade pakwe?"..."ana,carilah pakwe...bole kuar date takdela ana terperuk jer dalam bilik"..."ana,masa kat universiti ni la kita kene cari..nanti bila dah keje takde masa nak cari pakwe"...


semakin hari aku bergerak terasa semakin sesak dunia ku ini...di hadapanku aku merlihat telatah dua insan yang bercinta,di kanan dan kiriku pula melihat aksi spontan sang teruna memujuk kekasihnya..Ya Allah,teguhkanlah pendirianku ini....tetapkanlah cinta ku ini untuk seorang lelaki yang bergelar suami...


tiap2 malam tahajud diisi dengan rintihan diriku yang menginginkan seorang lelaki untuk mengisi kekosongan jiwa...sungguh aku tidak dapat menahan rasa hati ini betapa aku ingin menjadi seperti pasangan yang ade,tapi malangnya...matlamat tidak menghalalkan cara...ya,jangan kerana jiwa ku yang kosong,aku perlu kotori hati ini  dengan bergelumangkan nafsu ku ini..


suatu hari aku diberikan tugasan yang memerlukan aku bekerjasama dengan course lain..aku melangkah menuju ke sebuah dewan yang mana menghimpunkan kami semua untuk melaksanakan program tersebut..aku berasa gugup sekali kerana ternyata begitu ramai siswa dan siswi yang terlibat..sedang kami bermusyawarah,aku terlihat kelibat seseorang yang berjaya mencuri hatiku..hatiku berbisik..."siapakah dia?".."dia budak course ape?".."dia da berpunya ke belum?"...begitu banyak soalan yang terbit di benak fikiranku...akan tetapi,adakah aku berjaya memiliki dia? itulah tanda tanya yang mematikan lamunanku...


setelah diberi tugasan...aku berada di bawah kepimpinanya,Ya Allah dugaan apa yang Engkau beri kepadaku?..Hatiku tidak menentu bila menatap wajahnya,perasaan debarku semakin kuat pabila kami berbicara,degupan jantungku terasa pantas pabila melihat senyumannya...Ya Allah...adakah ini namanya cinta?hebatnya cinta itu sehinggakan sistem tubuhku menjadi haru-biru...Ya Allah ku mohon,tetapkanlah pendirianku untuk mencintai Suamiku dan bukannya ajnabi...


aku bole katakan sepanjang masa aku bersama dia merupakan momen yang paling indah dan tidak akan pernah ku lupakan...sesungguhnya,aku telah lupa kepada janji2 ku bahawa aku hanya ingin mencintai suamiku dan bukannya ajnabi..kenapa dugaan itu hadir,adakah dia sebenarnya adalah jodohku?jika ya,dekatkanla aku dengannya..jika tidak..damaikanlah perasaanku untuk melupakan dia...


setelah tugasan itu selesai,aku yakin bahawa aku mampu melupakannya tapi ternyata..cinta itu sukar dipadam walaupun dicampak kedalam api sekalipun..saban hari aku berdoa agar aku bole melupakannya,tetapi...aku lupa itu semua adalah kerja Allah..aku hanya mampu mengawal tetapi kuasanya itu terletak di tangan Yang Maha Esa...Subhanallah,hebatnya cinta kerana ia adalah pemberian Allah yang tidak dapat ditaksir jumlahnya....aku terus pendam dan pendam sehingga aku tamat pengajianku...


Alhamdulillah,aku dikurniakan seorang adik yang suka mendengar masalahku..aku ceritakan masalah cintaku ini kepada adik kesayanganku...adikku mendengar dan tersenyum mendengar ceritera cintaku..adikku berkata"kak ana rasa jela nikmat ini dan banyakkan berdoa,mane taw mungkin dia lah jodoh kak ana di dunia dan akhirat"...aku tersenyum mendengar kata2 adik ku seolah-olah memberi harapan kepada ku untuk terus mencintai dia...aku berdoa dan terus berdoa agar Allah memakbulkan kata2 adik ku...


keesokannya,sedang adikku menyidai kain...datang dua buah kereta berhenti di hadapan rumahku..adikku bertanya mereka semua untuk apa mereka datang kerumah, mereka kata ingin berjumpa denganku..aku terus terkejut kerana aku sama sekali tidak mengenali mereka semua... tetapi di dalam islam...adab tetamu yang datang perlu dihormati..maka aku mengizinkan merka masuk untuk berjumpa denganku..
kemudian,mereka meminta aku untuk memanggil ibu bapaku...perasaan kaget aku sekali lagi muncul..aku pun memanggil kedua orang tua ku..


aku diminta masuk kebilik kerana kata orang tuaku ini adalah hal orang tua...aku semakin pelik..apa yang mereka maksudkan..semakin banyak tanda soal berenang2 di mindaku..


setelah diskusi selama 10 minit aku di panggil keluar..aku pun keluar dengan wajah yang bingung dan penuh persoalan..salah seorang makcik yang datang meminta aku betenang,aku terlihat seorang pakcik sedang menelefon dan meminta untuk masuk kerumah..aku semakin bingung dan bingung...


kemudian selang beberapa minit,aku terlihat kelibat seseorang yang sepertinya aku kenali dia..OH TIDAK!!!!Ya Allah...itu dia..tapi kenapa dia di sini?


ibuku bertanya kepadaku samaada aku mengenali dia atau tidak...jujur aku katakan ya..kemudian ibuku tanya lagi..."ana nak firdaus tak?"...dengan spontannya aku menjawab nak....walaupun dasarnya aku sungguh malu dia berada di situ..


Alhamdulillah aku selamat diijabkabulkan selepas 6bulan mengikat pertunangan..akhirnya cinta yang ku pinta menjadi nyata..dan akhirnya doa yang ku pohon dimakbulkan dan dia lelaki yang kucintai kini sebagai suamiku...aku semakin merasai nikmat cinta ini yang dulunya haram tetapi kini halal buatku...getaran hatiku dulu akhirnya terbalas dengan terbitnya cinta dari si dia...inilah rencana Ilahi buatku....."


aku bersyukur walaupun dahulunya tidak merasai cinta dari sang kekasih namun kini aku diberi nikmat cinta yang abadi dari seorang suami yang mencintai penciptaNya...


*ana hanyalah sekadar nama kepada watak sahaja...bukan nama sebenar


inilah permata yang dicari...cinta mereka dilandasi dengan syariah..cinta yang diharapkan akhirnya menjadi nyata...lelaki yang diidamkan kini menjadi suami tercinta....bila kami mendengar cerita ini...mmg kami berharap agar cerita cinta kami akan semanis cerita ini....


kenapa pilih lagu ni?


pedoman untuk kami untuk berada di landasan yang betul di dalam mencari cinta ^_^
dan khas mesej untuk kaum Adam




Wallahua'lam

1 comment:

  1. aku berminat dgn 1komen dr blog kwn...interesting n tersirat...so aq copy n paste ayt dy...

    fitrah zahara said...
    aku hanya sepasang mata yang hanya mampu memerhati setiap patah yang engkau titipkan..aku percaya bahawa setiap patah itu mempunyai seribu makna tersirat...hati tidak boleh dipaksa...ia kan datang sendiri tanpa di undang...kala ia datang aku berharap agar engkau dan dia dapat menerima ketentuan takdir seadanya...usah berhenti berharap kerana esok akan menjelma harapan baru yang engkau dan dia sendiri tak mungkin tahu..kerana itu adalah kerja Yang Maha Esa..mungkin hari esok juga engkau ditakdirkan untuknya sedangkan engkau sudah berputus asa..jangan sesekali...CINTA & SAYANG adalah harapan..tanamkan harapan itu..aku pasti engkau akan memperolehinya kerana hatimu tulus untuk membahagiakan dirinya,,dan dia adalah anugerah yang tidak ternilai untukmu dan dirinya begitu berharga kerana memperolehi kamu yang tulus menyayanginya seadanya...INSYAALLAH

    March 21, 2009 4:32 PM

    ReplyDelete